Monday, 8 September 2014

SAMPAH


  Pada era globalisasi kini, alam sekitar semakin tercemar disebabkan perkara-perkara yang tertentu, seperti udara, air, tanah, bunyi, pembalakan haram dan lain-lain. Pencemaran akan membawa kesan negatif kepada kesihatan kita dan ketidakseimbangan bumi. Peningkatan aktiviti perindustrian membawa pembangunan dan kemakmuran kepada negara. Walau bagaimanapun, pembangunan yang terancang mempunyai beberapa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Ini adalah disebabkan oleh perkembangan yang berterusan tidak termasuk dengan pemeliharaan alam sekitar.

  Salah satu punca pencemaran yang semakin serius di sekeliling kita adalah pembuangan sampah. Antara sebab-sebab adalah orang membuang sampah merata-rata adalah kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tong sampah. Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati, membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya. 

  Kesan-kesan pencemaran pembuangan sampah adalah  pembuangan sampah di merata-rata tempat akan memberi kesan kepada kesihatan masyarakat sekeliling dan alam sekitar. Sisa-sisa pembuangan sampah boleh membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, keracunan makanan dan sebagai. Sebagai contoh, pembuangan sampah di dalam air boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes dan boleh menyebabkan penyakit demam denggi kepada orang sekeliling serta boleh membawa maut. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja.

  Langkah –langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sampah ialah penguatkuasa undang-undang haruslah mengetatkan undang –undang seperti memberi saman atau penjara atau kedua-duanya bagi sesiapa membuang sampah di tempat awam. Selain langkah-langkah itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting. Mereka  harus mendidik anak –anak mereka sejak kecil lagi bagaimana untuk membuang sampah dengan cara yang betul.
     


  Kesimpulannya, langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan cara yang betul untuk mengelakan masalah pembuangan sampah. Memelihara kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab semua masyarakat. Di mana negara bersih rakyat sihat

No comments:

Post a Comment