PENULISAN
KREATIF
-
Pengolahan dan penghasilan karangan, ciptaan,
karya atau cerita seperti novel, cerpen, drama dan puisi.
-
Penulisan kreatif dan kreativiti berfikir
ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sedia ada kepada situasi lain.
-
Penulisan kreatif terbahagi kepada dua bentuk
iaitu prosa dan puisi.
-
Karya prosa ialah bentuk tulisan karangan
biasa yang mengandungi jalinan fikiran pengarang.
-
Tiada pola rima dan tidak terikat dengan
bentuk-bentuk tertentu(seperti pantun dan syair).
-
Ciri – cirinya ;
i.
Cereka – melalui imaginasi,pengalaman
,harapan,cita-cita, dan emosi manusia.
Contohnya: pengalaman, harapan dan impian.
ii . puitika – karangan berangkap mengikut
irama dan bunyi.
iii. gambar – karangan humor atau sejarah.
Contohnya: komik,
kartun, cerita kanak-kanak.
-
Karya puisi adalah dari jalinan fikiran
pengarang yang digubah dengan bahasa yang indah , berima dengan bentuk-bentuk
yang tersendiri dan bahasanya tidak terikat dengan tatabahasa.
PENULISAN ILMIAH
-
Merujuk kepada penulisan yang berlandaskan
metodologi dan keilmuan atau metodologi saintifik.
-
Metodologi saintifik ialah pendekatan
mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui langkah seperti
;
~
Perumusan masalah
~
Pembentukan hipotesis
~
Pengujian kebenaran
~
Perbincangan hipotesis
-
Bahasa penulisan ilmiah biasanya memilih
kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat tepat dan jelas supaya
tidak disalah ertikan dengan makna-makna yang lain.
-
Penulisan ilmiah harus bersifat objektif ,
tepat, dan jujur.
-
Jenis-jenis karya ilmiah :
·
Artikel
·
Laporan
·
Tesis
·
Kertas kerja
No comments:
Post a Comment