Thursday, 16 October 2014

Pantun Nasihat

Pantun Nasihat

Buah laici buah strawberi,
 Dicuri pula si labu labi,
Waktu belajar perlu ditepati,
   Supaya cemerlang suatu hari nanti

Naik basikal ke padang bola,
Bertolak ke sana diwaktu pagi,
Dengarlah nasihat ibu dan bapa,
Segala perintah hendaklah didengari 

Buat jahat tambah dosa,
Buat baik akan diingati,
Sentiasalah kita tepati masa,
Agar tidak menyesal nanti

Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat

Hari ini pergi melancong,
Hari esok pulang ke asrama,
Dari kecil diajar menabung,
Bila besar menjadi budaya

Wednesday, 17 September 2014

PERBEZAAN ANTARA PENULISAN KREATIF DAN PENULISAN ILMIAH

PENULISAN KREATIF

-       Pengolahan dan penghasilan karangan, ciptaan, karya atau cerita seperti novel, cerpen, drama dan puisi.
-       Penulisan kreatif dan kreativiti berfikir ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sedia ada kepada situasi lain.
-       Penulisan kreatif terbahagi kepada dua bentuk iaitu prosa dan puisi.
-       Karya prosa ialah bentuk tulisan karangan biasa yang mengandungi jalinan fikiran pengarang.
-       Tiada pola rima dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk tertentu(seperti pantun dan syair).
-       Ciri – cirinya ;
i.              Cereka – melalui imaginasi,pengalaman ,harapan,cita-cita, dan emosi manusia.
Contohnya: pengalaman, harapan dan impian.
                 ii .        puitika – karangan berangkap mengikut irama dan bunyi.
                 iii.        gambar – karangan humor atau sejarah.
                            Contohnya: komik, kartun, cerita kanak-kanak.
-       Karya puisi adalah dari jalinan fikiran pengarang yang digubah dengan bahasa yang indah , berima dengan bentuk-bentuk yang tersendiri dan bahasanya tidak terikat dengan tatabahasa.


PENULISAN ILMIAH
-       Merujuk kepada penulisan yang berlandaskan metodologi dan keilmuan atau metodologi saintifik.
-       Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui langkah seperti ;
         ~  Perumusan masalah
         ~  Pembentukan hipotesis
         ~  Pengujian kebenaran
         ~  Perbincangan hipotesis
-       Bahasa penulisan ilmiah biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat tepat dan jelas supaya tidak disalah ertikan dengan makna-makna yang lain.
-       Penulisan ilmiah harus bersifat objektif , tepat, dan jujur.
-       Jenis-jenis karya ilmiah :
·         Artikel
·         Laporan
·         Tesis
·         Kertas kerja  

Monday, 8 September 2014

SAMPAH


  Pada era globalisasi kini, alam sekitar semakin tercemar disebabkan perkara-perkara yang tertentu, seperti udara, air, tanah, bunyi, pembalakan haram dan lain-lain. Pencemaran akan membawa kesan negatif kepada kesihatan kita dan ketidakseimbangan bumi. Peningkatan aktiviti perindustrian membawa pembangunan dan kemakmuran kepada negara. Walau bagaimanapun, pembangunan yang terancang mempunyai beberapa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Ini adalah disebabkan oleh perkembangan yang berterusan tidak termasuk dengan pemeliharaan alam sekitar.

  Salah satu punca pencemaran yang semakin serius di sekeliling kita adalah pembuangan sampah. Antara sebab-sebab adalah orang membuang sampah merata-rata adalah kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tong sampah. Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati, membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya. 

  Kesan-kesan pencemaran pembuangan sampah adalah  pembuangan sampah di merata-rata tempat akan memberi kesan kepada kesihatan masyarakat sekeliling dan alam sekitar. Sisa-sisa pembuangan sampah boleh membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, keracunan makanan dan sebagai. Sebagai contoh, pembuangan sampah di dalam air boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes dan boleh menyebabkan penyakit demam denggi kepada orang sekeliling serta boleh membawa maut. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja.

  Langkah –langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sampah ialah penguatkuasa undang-undang haruslah mengetatkan undang –undang seperti memberi saman atau penjara atau kedua-duanya bagi sesiapa membuang sampah di tempat awam. Selain langkah-langkah itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting. Mereka  harus mendidik anak –anak mereka sejak kecil lagi bagaimana untuk membuang sampah dengan cara yang betul.